YQ4DIBwZxJTvcAdf1aZrllFIkrk Langkawi Permata Kedah | Pulau Langkawi - Hotel, Resort, Chalet & Pakej Percutian 2016

Monday, February 1, 2016

Langkawi Permata Kedah

Selamat datang ke Langkawi Permata Kedah, himpunan 99 buah pulau yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia dan kedudukannya yang berhampiran dengan Sempadan Malaysia Thailand. Pulau ini sentiasa dibuka sepanjang tahun kerana kedudukannya yang terlindung dari angin monsun timur laut.


Pada tahun 1987, Langkawi telah diberi status pulau bebas cukai dan pulau terbesar di negeri Kedah ini telah dianugerahkan UNESCO sebagai pulau bertaraf Geopark yang ke-50 di dunia dan pertama di Asia tenggara berikutan terkenal dengan Gunung Matchincang yang telah berusia 550 juta tahun dan Tasik Dayang Bunting yang telah wujud sejak 280 juta tahun yang lalu, seterusnya menjadi lokasi pelancongan bertaraf dunia yang saban hari dilawati bukan sahaja oleh rakyat tempatan malah menjadi destinasi percutian yang wajib dikunjungi pelancong dari seluruh pelusuk dunia.

Replika burung helang
Langkawi berasal dari perkataan 'lang' iaitu nama burung helang dan 'kawi' yang bermakna merah hati dan bumi Langkawi ini dipercayai pernah dihuni oleh sekumpulan burung yang berwarna merah hati pada sayapnya dan paruhnya berwarna putih pada suatu masa dulu