YQ4DIBwZxJTvcAdf1aZrllFIkrk Pulau Langkawi - Hotel, Resort, Chalet & Pakej Percutian 2016

Monday, February 1, 2016

Langkawi Permata Kedah

Selamat datang ke Langkawi Permata Kedah, himpunan 99 buah pulau yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia dan kedudukannya yang berhampiran dengan Sempadan Malaysia Thailand. Pulau ini sentiasa dibuka sepanjang tahun kerana kedudukannya yang terlindung dari angin monsun timur laut.


Pada tahun 1987, Langkawi telah diberi status pulau bebas cukai dan pulau terbesar di negeri Kedah ini telah dianugerahkan UNESCO sebagai pulau bertaraf Geopark yang ke-50 di dunia dan pertama di Asia tenggara berikutan terkenal dengan Gunung Matchincang yang telah berusia 550 juta tahun dan Tasik Dayang Bunting yang telah wujud sejak 280 juta tahun yang lalu, seterusnya menjadi lokasi pelancongan bertaraf dunia yang saban hari dilawati bukan sahaja oleh rakyat tempatan malah menjadi destinasi percutian yang wajib dikunjungi pelancong dari seluruh pelusuk dunia.

Replika burung helang
Langkawi berasal dari perkataan 'lang' iaitu nama burung helang dan 'kawi' yang bermakna merah hati dan bumi Langkawi ini dipercayai pernah dihuni oleh sekumpulan burung yang berwarna merah hati pada sayapnya dan paruhnya berwarna putih pada suatu masa dulu


Tuesday, January 20, 2015

Promosi Pakej Pasangan/Couple

Pakej Percutian Pasangan/Couple Pulau Langkawi 

Pakej 3 Hari 2 Malam 
Harga seorang ialah RM225 atau RM450 setiap pasangan termasuk kereta sewa + penginapan selama 3 Hari 2 Malam dan aktiviti menaiki bot melawat 3 buah pulau.

Pakej 2 Hari 1 Malam
Harga seorang ialah RM130 atau RM260 setiap pasangan termasuk kereta sewa + penginapan selama 3 Hari 2 Malam dan aktiviti menaiki bot melawat 3 buah pulau.

*Harga tidak termasuk cuti-cuti perayaan dan cuti sekolah.
*Harga sah sehingga 31hb Disember




Langkapuri Inn

DEPAN PANTAI
ATAS PANTAI

Pantai Cenang
Standard Room (RM160/malam)
Deluxe Room (RM180/malam)
Super Deluxe (RM220/malam)



































Langkapuri Inn terletak di pesisiran Pantai Cenang Langkawi  dan pernah menjadi penggambaran Na-O-Mei yang disiarkan di TV3 pada tahun 2010. Hanya beberapa langkah ke pantai dari bilik penginapan, anda pasti teruja dengan bunyi deruan ombak yang menghempas pantai dan hembusan angin yang sepoi-sepoi bahasa.

Jenis Bilik Kadar Harga
Standard (Garden View) RM140
Standard (New Building) RM160
Superior (Garden View) RM160
Superior (New Building) RM170
Standard (Sea View) RM170
Superior (Sea View) RM190
Deluxe Room RM180
Super Deluxe Room RM220
*Harga Tahun 2013


*Setiap lengkap berhawa dingin, tv satelit, bilik air, peti ais kecil/minibar dan kemudahan air panas.
*Tambahan RM30/semalam untuk cuti sekolah dan cuti umum
*Setiap tilam tambahan akan dikenakan bayaran sebanyak RM25/semalam termasuk makan pagi.
*Waktu mendaftar masuk : 3.00 p.m dan waktu mendaftar keluar : 12.00 p.m.
*Butir-butir tetamu diperlukan untuk tempahan.
*Tambahan makan pagi = RM10/seorang dan kanak-kanak RM5.00/seorang
*Harga sah sehingga Disember 2014